Diffuse Young Living untuk anak demam

🌸 sapu setitis eo peppermint di celah lipatan untuk turunkan suhu (peppermint ni rasa sejuk berangin je, so xpayah dah nak cari daun bunga raya)


🌸 sapu setitis eo lavender pada bahagian hidung & gosok arah ke atas untuk legakan selesema


🌸 sapu eo RC di bahagian belakang badan & dada untuk legakan batuk

🌸 diffuse eo lemon, lavender & peppermint


Alhamdulillah, dengan izinNya, akmal demam kejap je, hingus cair yang meleleh tu jadi pekat (selesa sikit) & akmal tak banyak ragam..


bukan tak nak bawak jumpa doktor, tapi sis bagi peluang dulu dalam 2 hari, ikhtiar dulu dengan YLeo.. incase lepas 2 hari still demam, ofcos bwk jumpa doktor.. (sape xsayang anak oiii).. tapi syukur akmal serasi dengan YLeo..

Sedih bila tengok blog aku jarang berupdate.. padahal kepala ni macam-macam idea nak menulis. Cuma peluang tak ade. Aku fikir jugak ape yang aku buat seharian sampai takde masa... ehm...


Sebelum aku terlupa dan sebelum aku masuk draf sekali lagi entri ni.. aku nak say thanks dekat +Shaidatul Aireen sebab pilih blog aku masuk bloglist Mei dia. Tak kesah la tak dapat pretzel kaler-kaler tu..kang kita beli je la kalau termengidam..hehehhe


Dua hari lepas Airis tetiba demam panas. Bagi aku panas.. near 40'. Sebab airis jarang demam. Tapi kalau dia demam memang near 40'.  Pastu dia ni suka sangat demam me ngejut. Siang elok main-main.. lompat sana sini.. esok subuh demam panas... Airis selalu demam sehari je dah reda. Tapi makin dia besar, demam dia kadang hampir 3/4 hari. Aku percaya, bila airis dah hampir wean off, dia dah kurang menyusu aku macam rasa antibody dia tak sekuat masa dia fully breastfeed.


So ape yang aku buat? Sama je sebelum dan selepas aku jadi dukun minyak ni. Cuma bila dah jadi dukun minyak aku cuma apply je la minyak-minyak aku ni. Kalau dulu aku memang pastikan ade buah lemon dalam fridge. Sebab anak ni demam ni bebila pon boleh. Lemon ni aku hiris, letak dalam bathup air suam.. biar dia berendam. Then aku suka buat lemon oil (olive oil then perah lemon) untuk urut satu badan dia masa demam selsema. Kalau demam yang sebab virus dan batuk, aku buat garlic oil. Epsom salt pon bagus untuk turunkan suhu demam. 


Subuh hari yang dia demam tu aku perasan badan dia panas. Sebab dia mintak menyusu, aku rasa mulut dia pon panas sangat. Bila cek suhu badan dia memang 39.8' mau nyaa aku tak panik! Sebab semua oil-oil aku kat bawah yang ade cuma Bedtime Rub & Vapour Rub Auroma Scents, aku sapu dedua ni kat badan..belakang badan. Pastu Vapour Rub aku sapu kat tapak kaki & Bedtime dekat kepala & leher. Lepas tu aku tuam kepala dia dengan kain lembab.. 10 minit aku cek balik alhamdullilah turun ke 38' tapi still demam.



Dalam pukul 10 pagi aku cek balik suhu dia masih 38'. Aku TAK sapu Bodyguard balm. Sebab Bodyguard ni khas untuk protection. Essential Oil dalam Bodyguard ni ade yang panas. Jadi kalau sapu aku risau suhu badan yang panas akan semakin panas. Sebab tu aku hanya gunakan Vapour Rub & Bedtime Rub je kalau anak demam.


Diffuse Young Living untuk anak demam


Single oil actually lagi bagus. Selain dua jenis balm yang aku guna ni.. aku gunakan juga LLP (Lemon,Lavender,Peppermint) Layerkan 1 drop each dekat tapak kaki dua-dua belah. Then aku titikkan  juga Lavender Essential Oil dekat atas kain lembab yang aku letak atas kepala Airis. Frankincense pulak aku sapu sepanjang tulang belakang. Alhamdullilah suhu dia turun ke 37.6' . Dan aku buat ni je kerap-kerap sampai suhu dia betul-betul normal. Air masak pun aku bagi dia minum lebih-lebih. Babah dia masakan dia sup ayam. Bagusnya airis ni dia masih ade selera makan walaupun suhu tinggi macam tu.

Dia tau dia demam.. dia tau badan dia panas.. dia still taknak rehat.. taknak tidur..sebab tu suhu dia naik balik ke 38' esok nya..


Aku still buat balik rutin yang biasa.

1) sapukan Bedtime Rub dekat seluruh badan & dahi. Then letak kain lembab yang aku titikan essential oil Lavender tu dekat dahi.

2) Sapu Vapour rub dekat dada & bekalang badan & bahagian tekak.

3) Tapak kaki aku sapukan 1 drop each Peppermint Essential oil setiap sejam. Just Peppermint Essential Oil. Sebab memang aku akan terjaga setiap jam nak cek suhu airis.

4) Aku diffuse Lemon & Lavender


Alhamdullilah hari ni ni dah fully recovery.. syukur ya Allah! Aku tak bagi dia makan ubat itu yang lagi syukur huhuhu sekurang-kurangnya aku dapat elak dari dia makan ubat.

So aku sangat-sangat recomen dekat semua ibu-ibu.. atleast ade 3 eo ni dekat rumah Lemon,Lavender & Peppermint. Pon dah cukup tau. Korang beli sekali balm-balm Auroma Scents especially Bodyguard (protection) Vapour (selema&batuk) Bedtime (Legakan badan & tidur lebih lena)

Demam pakai oil apa?

Berbagai penelitian menunjukkan bahwa campuran minyak zaitun dengan minyak esensial, seperti minyak kayu manis, tea tree oil, eucalyptus oil, atau minyak lavender, diduga bisa menurunkan demam ringan.

Thieves Young Living untuk apa?

Thieves Essential Oil ukuran 15 ml dari Young Living dapat membantu meningkatkan daya tahan tubuh, antibacterial, antiseptic dan anti fungal, mengurangi radang tenggorokan, menunjang kesehatan saluran pernafasan dan membersihkan udara.

Berapa tetes Essential Oil untuk diffuser Young Living?

Pada kebanyakan orang 1-2 tetes Young Living Essential Oil sudah memadai, sehingga menggunakan lebih banyak mungkin untuk sebagian orang menjadi berlebihan. Essential oil dapat digunakan dengan cara inhalasi dan topikal.

Apakah Essential Oil aman untuk anak?

Essential oil memang dikenal bermanfaat untuk menenangkan diri. Selain orang dewasa, ternyata essential oil juga sangat baik untuk anak-anak.